Tag: Malay

Resepi, Resepi Asia

Ikan Siakap Sweet Sour

Ikan masak masam manis atau sweet & sour ialah satu masakan yang popular di restoran makanan laut tempatan. Ada bermacam-macam cara untuk memasak hidangan ini yang berbeza-beza dari teknik memasak hingga ke bahan-bahan yang digunakan mengikut kawasan. Resepi ini adalah satu resepi yang mudah dan cepat disiapkan di rumah dengan menggunakan cuma beberapa bahan asas […]

Resepi, Resepi Asia

Jemput-Jemput Ikan Bilis – Cekodok Ikan Bilis

Jemput-jemput ikan bilis juga dikenali sebagai cucur ikan bilis atau cekodok ikan bilis. Ianya satu kudapan yang sangat popular tetapi tidak mudah untuk dimasak dengan baik. Masalah yang sering dihadapi ialah hasil yang tidak garing atau jemput-jemput yang liat dan tidak lembut. Bahan paling utama dalam membuat jemput-jemput atau cucur ialah tepung gandum. Saya gunakan […]

Resepi, Resepi Asia

Sos Cili Nasi Ayam

Nasi ayam merupakan salah satu masakan kegemaran rakyat Malaysia dan juga negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Masing-masing ada versi mereka masing-masing. Antara komponen penting dalam masakan nasi ayam ialah sos cilinya yang berasaskan cili segar dan juga bawang putih. Di sini saya kongsikan resepi untuk sos cili nasi ayam ibu mentua saya yang menjadi […]

Resepi, Resepi Asia

Roti Berlauk – Karipap Telur

Roti berlauk ialah satu masakan warisan Johor yamg rupanya seperti karipap yang agak besar berintikan telur, udang kering, bawang dan lada. Rupanya juga hampir serupa dengan Empanada negara Latin yang juga dibuat dengan pastri berinti yang dikelim tepinya. Resepi ini menggunakan roti canai atau roti prata segera untuk pastri dan memberikan hasil yang rangup dan […]

Resepi, Resepi Asia

Ikan Singgang Serani (Pindang Serani)

Ikan masak singgang ialah satu masakan tradisional yang kurang dikenali generasi muda dan sering dikaitkan dengan lauk makanan orang yang baru melahirkan anak. Resepi singgang serani atau pindang serani ini ada sedikit kelainan daripada masakan singgang atau pindang biasa dari segi bahan-bahannya dikisar dan juga ditumis berbanding cuma direbus sahaja. Singgang serani lebih popular di […]

Resepi, Resepi Asia

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap adalah satu masakan ayam yang sangat popular dan ada bermacam-macam cara untuk disediakan. Resepi yang akan saya kongsikan agak berbeza dengan beberapa teknik yang jarang digunakan. Pertamanya, ayam tidak diperap dengan garam, tetapi dengan pati ayam untuk memberikan perisa ayam yang lebih kuat. Untuk yang kurang gemar menggunakan pati ayam boleh gantikan […]