Ayam masak kurma adalah di antara masakan yang terawal saya pelajari daripada ibu saya. Resepi ini adalah sangat mudah dan amat sesuai untuk orang-orang yang baru belajar memasak. Bahan-bahannya dikisar dan digabungkan menjadi pes yang mudah ditumis. Teknik ini boleh diubahsuai untuk masakan-masakn lain seperti kari yang juga berasaskan rempah. Rahsia untuk memasak kurma yang […]
Tag: Malay
Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit Daging goreng kunyit ialah satu masakan yang pada dasarnya sangat mudah tetapi memerlukan teknik yang betul. Kesilapan yang sering dilakukan ialah memasak daging terlalu lama. Ini akan menghasilkan daging yang keras dan liat. Untuk mengelakkan daging terlalu masak, daging dimasak separuh secara berasiangan dengan bahan-bahan lain sebelum digabungkan pada akhir proses […]
Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang Kuah kacang atau sos kacang adalah salah satu sos klasik dalam masakan nusantara yang popular. Sering dipadankan dengan satay, ketupat, nasi himpit, sayur lodeh dan bermacam-macam lagi hidangan. Resepi ini mudah dan ringkas dan menggunakan satu teknik rahsia di mana separuh daripada sos kacang dikisar dengan blender sehingga halus dan dimasukkan kembali […]
Mee Goreng
Resepi Mee Goreng Mee goreng satu masakan yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia dan ada berbagai-bagai versi hidangan ini. Ada yang kering, ada yang basah dan bermacam-macam lagi. Di sini saya kongsikan satu resepi mee goreng mudah yang resepi asalnya diolah oleh isteri saya dan menjadi kegemaran keluarga kami. Saya juga akan berkongsi beberapa tips […]
Ayam Masak Merah
Antara resepi ayam yang paling popular di Malaysia ialah ayam masak merah. Lauk ini berasaskan tomato dan cili yang memberikan lauk ini warna merah yang klasik itu. Antara petua memasak ayam masak merah ialah ayam tidak boleh digoreng sehingga 100% masak kerana ianya akan dimasak lagi di dalam kuah. Satu lagi petua ialah cili dan […]
Roti Jala tanpa Santan
Roti jala adalah satu masakan yang popular dan mudah disediakan dengan cuma beberapa bahan asas. Selalunya dipadankan dengan kari tetapi boleh juga dimakan dengan asam pedas jika anda mahu mencuba. Adunan roti jala ini tidak mengandungi santan tetapi digantikan dengan susu cair. Adunan roti jala perlu direhatkan untuk 30-60 minit sebelum dikirai untuk hasil yang […]