Resepi ayam buttermilk chicken ini diilhamkan daripada butter chicken dari restoran Jibril tetapi diolah tanpa menggunakan telur masin. Resepi ini terbahagi kepada 2 peringkat. Pertamanya, penyediaan sos buttermilk dan keduanya ketulan ayam goreng garing. Kedua-duanya akan digabungkan untuk menyediakan satu hidangan ayam yang lazat bersama dengan nasi putih panas. Sosnya pekat dan lengkap dengan rasa […]
Bulan: Disember 2020
Ikan Sardin Tumis
Resepi ikan sardin tumis ini sangat mudah disediakan dengan hanya beberapa bahan-bahan asas yang sedia ada di dapur. Dalam resepi ini ikan sardin diasingkan kerana kita akan goreng ikan sardin secara berasingan untuk menggaringkan ikan. Menggoreng ikan akan meningkatkan perisa ikan sardin. Jika kita tidak asingkan sos, suhu minyak tidak akan cukup panas untuk menggaringkan […]
Jemput-Jemput Pisang
Jemput-jemput pisang adalah satu makanan kudapan yang sangat mudah disediakan dengan hanya beberapa bahan asas. Juga dikenali sebagai cucur pisang atau cekodok pisang, bergantung kepada di mana kita berada. Walaupun namanya mungkin berbeza tetapi rasanya tetap sedap. Untuk membuat jemput-jemput pisang yang baik, bahan asasnya perlu dipilih dengan betul. Pisang mestilah pisang yang masak ranum […]
Ketam Cili- Chili Crab
RESEPI KETAM CILI MUDAH- A SIMPLE CHILI CRAB Ketam cili atau chili crab adalah di antara masakan ketam yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran kita Singapura. Hidangan ini dikatakan berasal dari Singapura dan dicipta oleh pasangan suami isteri pada tahun 1956. Mereka asalnya berniaga di sebuah warung sahaja dan kemudiannya […]
Fish & Chips
Fish and chips yang baik bermula dengan ikan yang elok. Secara tradisinya, hanya ikan berisi putih seperti Cod, haddock dan plais sahaja yang digunakan. Ikan tempatan seperti Ikan merah, kurau dan kerisi juga boleh digunakan tapi pastikan tulang dan kulit ikan telah dibuang dahulu. Untuk resepi hari ini saya akan gunakan ikan Dory yang kini […]
Ikan Singgang Serani (Pindang Serani)
Ikan masak singgang ialah satu masakan tradisional yang kurang dikenali generasi muda dan sering dikaitkan dengan lauk makanan orang yang baru melahirkan anak. Resepi singgang serani atau pindang serani ini ada sedikit kelainan daripada masakan singgang atau pindang biasa dari segi bahan-bahannya dikisar dan juga ditumis berbanding cuma direbus sahaja. Singgang serani lebih popular di […]