Hidangan udang masak lemak

Udang Masak Lemak Cili Padi

Udang masak lemak cili padi paling terkenal di negeri sembilan tetapi masakan berasaskan santan kelapa adalah terkenal serata nusantara dan hampir setiap negeri di Malaysia ada resepi dan cara penyediaannya yang tersendiri. Ada resepi yang tidak menggunakan bawang ataupun bawang putih, ada yang ditumis dan ada juga resepi yang tidak ditumis.

Antara petua yang paling penting ialah gunakan api yang perlahan dan kuah perlu sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah. Di sini saya kongsikan resepi udang masak lemak kegemaran keluarga saya yang menggunakan bawang dan bawang putih, tetapi tidak ditumis, sekadar di rebus sahaja.

Bahan-bahan

500g udang segar
500g santan pekat atau 2 paket 200ml santan kotak
3 batang serai
2 ketul asam gelugor/keping
1 helai daun kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit
18 biji/40gm cili padi hijau
1 inci halia
2 sudu teh gula
2 sudu kecil garam
1/2 cawan atau 125ml air
1 sudu kecil serbuk perasa (pilihan)

Kaedah

  1. Bersihkan dan siangkan udang.
  2. Titikkan serai dan hiris daun kunyit menjadi kepingan kecil.
  3. Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi hijau, dan halia dalam lesung sehingga menjadi pes. Boleh juga dikisar dalam blender.
  4. Tuang 1 cawan atau 250ml air ke dalam periuk dan hidupkan api.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai yang telah dicincang ke dalam periuk. Kacau sehingga larut.
  6. Apabila sudah mula mendidih, masukkan santan dan pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia pecah.
  7. Masukkan asam gelugor/keping, daun kunyit, dan gula.
  8. Kemudian masukkan udang dan garam dan kacau perlahan-lahan.
  9. Tuangkan lagi 1/2 cawan atau 125ml air dan kecilkan api.
  10. Jika mahu, tambah 1 sudu teh serbuk perasa atau lebih garam secukup rasa. Kacau selama 10-15 minit sehingga kuah pekat sedikit dan udang masak sepenuhnya.
  11. Hidangkan dengan hiasan cili padi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *