Ada bermacam-macam cara untuk menyediakan sup ayam. Resepi ini adalah di antara yang paling mudah dan tidak memerlukan sup bunjut, rempah sup ataupun kiub pati ayam. Anatara rahsia sup yang sedap ialah memastikan bahan tumisan seperti bawang dan bawang putih dimasak secukupnya sehingga garing. Gunakan api yang sederhana semasa menumis agar tidak hangus.
Untuk sup yang lebih lazat, pastikan ayam digoreng bersama dengan bahan tumisan sehingga kulit ayam garing sedikit sebelum ditambah air. Sup akan lebih sedap jika ayam digoreng terlebih dahulu dan bukan sekadar direbus sahaja.
Akhir sekali, gunakan api yang kecil semamsa memamsak sup. Ini akan menghasilkan sup yang lebih jernah dan lebih berperisa berbanding dengan menggunakan api yang kuat. Walaupun akan mengambil lebih masa, hasilnya akan berbaloi.
Bahan-bahan
1.5kg Ayam
1 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
11 biji buah pelaga
11 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji kentang
2 batang lobak merah
Sedikit daun saderi (celery)
1 sudu kecil serbuk lada putih Aji-Shio
1500ml air
Bahan Kisar
3 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
1 inci halia
Kaedah
- Kisarkan kesemua bahan kisar dengan 1/2 cawan air. Ketepikan dahulu.
- Panaskan sedikit mintak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Gunakan api yang sederhana agar tidak hangus.
- Bila bawang dan bawang putih mula kelihatan garing, masukkan kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Tumis untuk 1-2 minit.
- Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia). Masak untuk 6-10 minit sehingga bahan-bahan kelihatan kering dan gelap sedikit.
- Masukkan ayam dan gaulkan bersama bahan tumisan supaya rata.
- Kuatkan api agar kulit ayam dapat digaringkan sedikit kerana ini akan menambahkan perisa sup ayam.
- Tambah 6 cawan atau 1500ml air dan 2 sudu kecil garam. Kacau supaya garam larut sepenuhnya.
- Kuatkan api supaya air mendidih. Kecilkan api apabila air sudah mendidih dan renihkan untuk 25 minit.
- Masukkan lobak merah dan kuatkan api sehingga mendidih. Apabila seduah mendidih, renihkan 15 minit.
- Buangkan keladak dan minyak yang timbul dipermukaan sup untuk sup yang lebih lazat.
- Masukkan kentang dan kuatkan api sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan untuk 15 minit lagi.
- Akhir sekali masukkan daun saderi atau daun sup.
- Hiaskan dengan bawang goreng dan daun saderi atau daun sup. Sup ayam siap untuk dihidangkan.