Lamb stew sebenarnya agak mudah untuk di sediakan cuma memerlukan masa yang panjang , jadi sangat sesuai untuk dihidangankan pada hujung minggi untuk keluarga. Saya gunakan bahagian shoulder chop kerana mudah dibeli dipasar atau pun pasaraya, harganya berpatutan dan kerana daging bahu atau shoulder sangat sesuai untuk di masak stew. Pada amnya daging yang liat dan keras biasanya sesuai untuk dimasak stew.
Asas pada stew ialah tumisan bawang, saderi dan lobak merah yang juga dikenali sebagai Mire Poix. Daging juga digoreng terlebih dahulu untuk meningkatkan perisa kambing sebelum direbus.
Untuk memekatkan stew satu campuran mentega dan tepung yang dinamakan ‘roux’ ( disebut ‘ru’) digunakan. Ini juga akan meningkatkan rasa stew yang dimasak.
Bahan-Bahan
2 kg daging kambing (shoulder chop)
3 biji bawang Holland (dipotong halus)
8 ulas bawang putih (dicincang)
3 batang lobak merah (1/2 dipotong kasar dan 1/2 dipotong halus)
5 batang saderi (celery)
5 biji buah tomato (dipotong 4)
4 biji kentang (dipotong 4)
4 helai daun salam
1 sudu besar herba Rosemary kering
3 sudu besar sos Lea & Perrins
5 sudu besar kicap manis Enaq
4 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 kiub pati lembu
Sedikit parsley segar
3 liter air
Bahan pemekat
50g mentaga
50g tepung gandum
Kaedah
- Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng daging kambing. Pastikan kuali panas berasap.
- Garingkan bahagian luar daging sahaja. Mengoreng daging dahulu akan meningkatkan perisa kambing.
- Masak kedua-dua belah. Bila sudah garing, keluarkan dari kuali dan ulang untuk kesemua kepingan daging kambing.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk. Kalau tak ada minyak zaitun minyak masak biasa pun boleh.
- Masukkan bawang holland dan tumis sehingga layu.Tambahkan sedikit garam untuk mempercepatkan bawang masak. Garam akan menarik air keluar dari bawang.
- Kemudian masukkan saderi. Diikuti lobak merah yang dipotong kecil.
- Masukkan bawang putih cincang. 8. Bila semua bahan tumisan sudah kelihatan layu dan mula garing, masukkan daging kambing. Dan gaulkan.
- Tambahkan 3 liter air. Kira perlukan air yang banyak kerana daging kambing perlu direnihkan untuk masa yang lama untuk lembut. Besarkan api.
- Bila sudah mendidih, masukkan 3 kiub pati lembu. Kalau tidak mahu guna kiub pati lembu boleh gantikan dengan 2 sudu besar garam.
- Tambah 4 helai daun salam. Jangan lupa keluarkan daun salam sebelum stew dihidangkan.
- 1 sudu besar herba Rosemary kering. Herba ini pasangan yang baik untuk daging kambing.
- 3 sudu besar sos lea & Perrins, 5 sudu besar kicap manis, 4 sudu kecil garam, 2 sudu besar serbuk lada hitam.
- Tutup dan renihkan untuk 1 1/2 jam.
- Jika air sudah berkurangan, tambah sedikit lagi air dalam 250ml atau 1 cawan.
- Masukkan kentang, lobak merah dan buah tomato.
- Renihkan untuk 30 minit lagi supaya kentang dan lobak merah menjadi lembut.
- Sementara itu, kita sediakan pemekat untuk stew. Cairkan 50g mentega.
- Tambah 50g tepung gandum dan masak sehingga kuning pucat dan pekat.
- Masukkan roux , sedikit demi sedikit ke dalam stew dan kacau sehingga larut.
- Stew akan menjadi semakin pekat. Tambah lagi roux sehingga tahap kepekatan yang anda mahu.
- Tambah sedikit daun parsley segar.
- Tambah garam secukup rasa.
- Kalau mahu stew yang lebih gelap boleh tambah 1 sudu besar kicap manis
- Tambah 1 sudu kecil lada hitam yang baru dikisar.
- Renihkan 5 minit lagi dan stew kambing sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan sedikit daun parsley segar. Hidangan ini boleh dipadankan dengan roti atau pun kentang putar.