Resepi Sayur Goreng Campur
Sayur goreng ialah satu masakan yang cepat dan mudah untuk disediakan bila kesuntukan masa. Ada beberapa petua mudah untuk menyediakan sayur goreng yang sedap:
Pertamanya, sayuran perlu dimasak mengikut turutan berapa lama masa ianya perlu untuk masak. Sayuran yang keras seperti lobak merah perlu dimasak dahulu. Jika kita masak sayur yang lembut terlalu awal, sayar akan terlebih masak dan kurang sedap.
Kedua, Bahan-bahan untuk sayur goreng adalah terpulang kepada cita rasa masing-masing dan jenis sayur yang anda suka.
Ketiga, bila goreng sayur , gunakan api yang kuat kerana jika api perlahan, sayuran akan mengukus sebab air dari sayuran akan keluar dengan banyaknya. Ini akan menjejaskan hasil masakan.
Ada pepatah barat ” You eat with your eyes first” yang maksudnya “Kita makan dengan mata dahulu”, oleh itu pilihlah sayuran dengan kombinasi warna yang cantik dan menyelerakan.
Bahan-bahan
1 biji cili merah dihiris
3 biji bawang merah kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
50g udang dipotong kecil
50g lobak merah
150g bunga kobis
50g jagung muda
150g brokoli
50g lada benggal merah di potong kecil
50g cendawan butang dihiris
1 sudu kecil Enaq Bethol ( Serbuk perasa serbaguna )
1/2 sudu kecil lada putih/lada sulah
Sedikit air
Keadah
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang.
- Diikuti bawang putih. Tumis sehingga mula kelihatan garingdan kemudian tambah cili merah.
- Masukkan udang dan goreng sehingga merah. Tambah potongan lobak merah.
- Gunakan api yang kuat. Kalau api terlalu kecil, sayur akan menjadi sayur kukus kerana air akan keluar dengan banyak.
- Kemudian kita masukkan bunga kobis. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
- Masukkan Jagung muda, brokoli, lada benggala merah dan cendawan butang.
- Untuk bahan perasa kita cuma perlukan 1 sudu kecil Enaq Bethol. Dan 1/2 sudu kecil lada sulah/ lada putih.
- Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Sayur goreng siap untuk dihidangkan. Kalau boleh hidangkan dengan segera sebelum sayur menjadi layu.