Pai Kentang Daging- Cottage Pie

Pai kentang daging lembu – Cottage Pie ialah satu masakan yang mudah disediakan. Pai yang berasal dari England dan Ireland ini mula muncul pada akhir abad ke 18. Resepi ini hampir serupa dengan Shepherd’s pie cuma bezanya ialah Shepherd’s pie menggunakan daging kambing.

Pai ini tidak menggunakan sebarang pastri tetapi digantikan dengan kentang putar. Untuk menjimatkan masa, resepi ini menggunakan ketang putar instant dari Knorr. Ini akan memudahkan lagi penyediaan masakan ini kerana jika menggunakan kentang segar akan memakan masa sekurang-kurangnya 1 1/2 jam dan hasilnya belum tentu sebaik dan sehalus kentang putar segera.

Pastikan daging digoreng sedikit-sedikit kerana kalau terlalu banyak daging dalam kuali, daging tidak akan masak pada suhu yang betuk disebabkan terlalu banyak air akan keluar dari daging. Ini akan menjejaskan rasa sos pai kentang daging lembu – Cottage pie.

Bahan-bahan

1kg daging lembu kisar
Minyak zaitun
350g bawang besar ( 2 biji) dipotong kasar
50g bawang putih (5 ulas) dicincang halus
4 kiub pati lembu
1500ml ( 6 cawan) air
6 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos Lea & Perrins
3 helai daun salam
1 sudu kecil Italian herbs
2 sudu lada hitam ditumbuk/kisar
5 sudu kecil tomato puree
150g sayur campur ( lobak merah, jagung and kacang pis )
1 sudu kecil ribena ( boleh ditinggalkan )
50g keju parmesan (diparut)

Untuk pemekat

30g tepung Gandum
50g mentega

Untuk kentang putar

400g serbuk kentang putar Knorr
1.5-2.0 liter air
150g mentega dipotong kecil
1 sudu kecil garam/secukup rasa
1 sudu kecil serbuk bawang McCormick
1/2 sudu kecil rosemary

Kaedah

  1. Panaskan minyak dalam kuali hingga berasap dan masukkan 1/3 daging kisar. Masak sehingga berwarna perang dan garing sedikit.
  2. Ulang untuk baki daging kisar. Pastikan kuali betul-betul panas sebelum menggoreng. Ketepikan daging kisar goreng.
  3. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi minyak dan tumiskan bawang besar.
  4. Bila bawang sudah layu dan berwarna kuning, masukkan bawang putih.
  5. Masukkan daging kisar goreng bila bahan tumisan berwarna perang dan gaulkan supaya rata.
  6. Larutkan 4 kiub pati lembu dalam 250ml (1 cawan) dan tuangkan ke kuali.
  7. Tambah 1000ml ( 4 cawan ) air lagi.
  8. Masukkan :

6 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos Lea & Perrins
3 helai daun salam
1 sudu kecil Italian herbs
2 sudu lada hitam ditumbuk/kisar
5 sudu kecil tomato puree

  1. Untuk buat pemekat sos, masak 30g tepung gandum dalam 50g mentega cair sehingga kuning cair dan ketepikan.
  2. Tambah 1 lagi cawan air dan masukkan campuran mentega dan tepung. Kacau supaya larut sehingga sos menjadi lebih pekat.
  3. Masukkan sayur campur dan 1 sudu kecil ribena. Renihkan 5 minit.
  4. Keluarkan daun salam.
  1. Untuk kentang putar, campurkan 400g serbuk kentang putar Knorr dengan 1.5-2.0 liter air panas. Tambahkan perlahan-lahan dan gaulkan supaya sebati.Pastikan tidak terlalu cair kerana kita akan tambah mentega.
  2. Masukkan mentega dan gaulkan supaya rata.
  3. Tambah garam, serbuk bawang, herba rosemary dan ratakan.
  1. Isikan loyang yang sesui separuh dengan sos daging dan separuh lagi dengan kentang putar.
  2. Pastikan kedua-dua lapisan diratakan.
  3. Gunakan garpu untuk membuat garisan-garisan pada permukaan lapisan kentang.
  4. Taburkan parutan keju parmesan diatas lapisan kentang putar.
  5. Panaskan ketuhar ke 200 darjah C dan bakar sehingga bahagian atas pai kuning keemasan dan garing. Ini akan ambil masa 10-15 minit.
  6. Pai kentang daging siap untuk dihidangkan.
Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *