Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak

Nasi Minyak sering dikaitkan dengan majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau pun kenduri kendara di kalanagan Masyarakat Melayu. Di percayai dipengaruhi masakan dari bedua India dan juga Timur Tengah, masakan ini sebenarnya agak mudah disediakan dengan hanya menggunakan periuk nasi biasa sahaja. Untuk nasi minyak terbaik gunakan beras basmati berkualiti tinggi dan juga minyak sapi yang bermutu. Kedua bahan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam masakan ini.

Bahan-bahan

8 pot ( sukatan periuk nasi 180ml) beras basmati
3 sudu minyak sapi
2 batang kayu manis
8 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji bwg merah besar dihiris
4 ulas bwg putih dihiris
2 inci halia dihiris
8 helai daun pandan
2 cawan (500ml) susu cair
4 sudu kecil garam
1 sudu besar pewarna kuning ditambah selepas nasi masak

Kaedah

1. Sukat 8 cawan sukatan periuk nasi beras. Cuci beras dengan air sehingga jernih dan rendam untuk 20 minit. Buangkan air dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak sapi. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Tumiskan untuk 1-2 minit dan masukkan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Bila bawang mula kelihatan garing, masukkan duan pandan.
4. Tambahkan 2 cawan (500ml) air dan 2 cawan (500ml) susu cair.
5. Tambah 4 sudu kecil garam. Kacau supaya garam larut. Tuangkan bahan tumis ke beras yang telah dicuci tadi. Gaulkan supaya rata.
6. Tambahkan air hingga ke tanda paras 10 periuk nasi. Tutup periuk nasi dan tekan butang masak.
7. Bila nasi sudah masak, tuangkan pewarna kuning dan tutup periuk untuk 5 minit agar warna dapat meresap. Untuk perisa yang lebih sedap boleh gunakan saffron yang telah dicampur air.
8. Setelah 5 minit, buka tutup periuk nasi dan gaulkan nasi minyak, agar supaya warna nasi minyak lebih menarik.
9. Nasi minyak siap untuk dihidangkan dengan lauk kegemaran anda seperti ayam masak briyani atau ayam masak merah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *