Nasi Briyani Kambing

Briyani Kambing atau nasi beriani kambing adalah satu masakan kegemaran ramai di Malaysia. Negeri Johor memang terkenal dengan nasi briyani.

Resepi Briyani Kambing ini adalah sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang belum pernah mencuba masak briyani. Ramai yang sangka Nasi Briyani satu masakan yang rumit tetapi sebenarnya senang jika ikut langkah-langkah dalam video ini. Resepi ini cukup untuk 8 orang makan dan cuma menggunakan periuk nasi elektrik biasa sahaja. Resepi ini diolah dari resepi ibu mentua saya dan terbahagi kepada 2 bahagian , lauk briyani dan nasi briyani. Untuk hidangan yang lebih lengkap boleh dipadankan dengan ayam masak merah.

Selamat Mencuba!

Bahan-bahan untuk lauk briyani kambing

2kg daging kambing
60g serbuk jintan manis
60g serbuk jintan putih
60g bawang putih kisar
120g bawang merah kisar
30g serbuk lada putih
2.5cm halia dihiris
4 biji buah tomato ( potong 4 )
80g daun ketumbar
80g daun pudina
80g daun sup
10 biji lada hijau
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree
2 sudu besar Minyak sapi
4 sudu besar Sos Tomato
50ml Dadih/thairu
100g bawang goreng (200g bawang mentah)
1 1/2 sudu besar garam

Bahan-bahan untuk nasi briyani kambing ( 8 hidangan )

8 pot beras basmati ( cawan sukatan periuk nasi )
9 biji buah pelaga
9 biji cengkih
1 keping bunga lawang
2 batang kayu manis
40g daun sup
40g daun ketumbar
40g daun pudina
60g bawang goreng
2 helai daun pandan
6 liter air
6 sudu besar garam
1 mangkuk daging dan kuah briyani kambing
1 mangkuk kecil minyak dari kuah briyani
1 koma-koma ( saffron) atau pewarna kuning

Kaedah

  1. Cuci beras dan rendam dalam air selama 20 minit.
  2. Didihkan 6 liter air dalam periuk yang besar.
  3. Tambah :

a) garam
b) cengkih
c) buah pelaga
d) kayu manis
e) bunga lawang
f) daun pandan

  1. Masukkan beras basmati yang telah dicuci dan direndam.
  2. Rebus beras sehingga 85-90% masak. Bila kita gigit beras, masih boleh rasa bahagian tengahnya yang masih mentah, tapi sedikit sahaja.
  3. Tuangkan nasi ke dalam tapis untuk buangkan air yang berlebihan.
  4. Nasi akan dimasak seterusnya dalam periuk nasi elektrik. Nasi perlu dimasak dengan segera supaya nasi tidak kering.
  5. Masukkan sedikit minyak kuah kambing ke dalam periuk nasi. Nasi akan dimasak secara berlapis.
  6. Lapisan pertama nasi lebih kurang 5cm. Pastikan nasi diratakan.
  7. Lapisan kedua ialah daging kambing dan kuah. Tambah sedikit lagi minyak.
  8. Masukkan sedikit bawang goreng, daun ketumbar, daun sup dan daun pudina.
  9. Ulang langkah 9,10 dan 11 untuk lapisan kedua dan ketiga.
  10. Untuk lapisan ketiga tambah air koma-koma atau pewarna kuning supaya nasi kelihatan lebih menarik.
  11. Masak dalam periuk nasi macam biasa. Bila dah masak dan lampu ‘keep warm’ dah menyala JANGAN buka dahula, tunggu 20 minit lagi sebelum buka supaya nasi dapat menyerap wap air.
  12. Nasi briyani kambing dah sedia untuk dihidangkan dengan lauk briyani kambing.

 

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *