Resepi Lotus Biscoff Cheese Cakecake tanpa Gelatin
Antara cheesecake yang digemari ramai ialah cheesecake Lotus Biscoff. Dalam resepi ini saya akan kongsikan satu resepi cheesecake yang mudah tanpa perlu dibakar dan tidak menggunakan gelatin.
Rahsianya ialah dalam cara whipping cream dipukul dengan menggunakan food processor dan bukannya hand mixer. Menggunakan food processor akan memutar whipping cream pada kelajuan yang berkali ganda lebih pantas daripada hand mixer. Ini akan menghasilkan whipped cream yang lebih pekat dan stabil bila dicampurkan dengan adunan cheesecake.
Cheesecake boleh dihiaskan dengan biskut Biscoff yang dikisar dan juga Biscoff spread untuk menghasilkan satu hidangan manisan yang luar biasa.
Bahan-Bahan
500g Cream Cheese
400g Lotus Biscoff Spread
250g Lotus Biscoff biscuits
80g Gula castor
80g mentega cair
250ml (1 cawan) whipping cream
Kaedah
- Untuk membuat bes cheesecake, patahkan 20 kepingan biskut (160g) dan kisarkan sehingga halus.
- Kemudian tambah mentega cair. Boleh dicairkan didalam microwave atau dalam periuk dengan api kecil.
- Tutup dan kisar sehingga sebati. Ini akan mengambil masa beberapa saat sahaja. Dan hasilnya seperti pasir yang lembab.
- Masukkan campuran biskut dan mentega kedalam springform pan atau loyang cheesecake seperti ini. Ratakan dan mampatkan. Pastikan base cheesecake rata dan padat, tetapi tidak terlalu mampat.
- Sejukkan dalam peti sejuk untuk 30 minit supaya keras.
- Pukul cream cheese dengan hand mixer atau boleh dipukul dengan tangan, Cuma akan mengambil masa yang lebih lama. Gunakan kelajuan rendah pada awalnya dan tambah kelajuan bila creamcheese semakin lembut.
- Bila creamcheese sudah mula kembang masukkan gula castor dan pukul sehingga sebati.
- Tambah Lotus Biscoff spread yang telah diasingkan tadi, dan pukul sehingga sebati. Jangan bimbang jika adunan tidak kelihatan halus dan masih berketul-ketul. Adunan akan menjadi halus dan cair setelah ditambah whipping krim.
- Tambahkan whipping cream ( kandungan lemak 35% ). Gunakan food processor untuk memutarkan krim. Ini akan menghasilkan krim putar yang lebih pekat, halus dan stabil. Ini adalah kerana krim diputar pada kelahuan yang jauh lebih tinggi daripada hand mixer. Whipped cream yang lebih stabil akan menghasilkan cheesecake yang terbaik.
- Food processor memerlukan kurang dari 2 minit untuk memutarkan krim. Jangan putar terlalu lama kerana krim boleh menjadi mentega dalam sekelip mata.
- Campurkan separuh krim dahulu ke adunan cheesecake. Gaulkan dengan spatula. Campurkan baki dan gaulkan sekata.
- Untuk mendapatkan adunan yang halus, gunakan pemukul telur.
- Tuangkan kedalam acuan kek. Dan ratakan. Goyang dan ketuk untuk keluarkan gelembung udara jika ada. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk minima 6 jam atau lebih baik semalaman.
- Setelah cheesecake mengeras, gunakan tuala suam untuk melonggarkan tepi acuan supaya mudah tanggal. Buka tepi loyang. Cheesecake sedia untuk dihiaskan.
- Cairkan baki Lotus Biscoff spread di dalam microwave dan tuangkan keatas kek. Pastikan biscoff spread tidak terlalu panas, sekadar mudah dituang sahaja seperti ini. Ratakan dengan sudu atau spatula.
- Kemudian taburkan dengan biskut yang telah dihancurkan.
- Akhir sekali letakkan satu keping biskut ditengah kek. Sejukkan dalam peti sejuk untuk 30 min supaya topping mengeras sedikit.
- Lotus Biscoff Cheesecake siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.