Ketam Cili- Chili Crab

RESEPI KETAM CILI MUDAH- A SIMPLE CHILI CRAB

Ketam cili atau chili crab adalah di antara masakan ketam yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran kita Singapura. Hidangan ini dikatakan berasal dari Singapura dan dicipta oleh pasangan suami isteri pada tahun 1956. Mereka asalnya berniaga di sebuah warung sahaja dan kemudiannya berkembang menjadi restoran Palm Beach Seafood di Upper East Cost Road.

Ketam nipah biasanya digunakan untuk memasak ketam cili kerana ianya lebih berisi berbanding ketam bunga. Walaupun dinamakan ketam cili, sebenarnya masakan ini tidaklah berapa pedas malahan lebih kepada manis dan masam kerana berasaskan sos tomato.

Setiap restoran ada resepinya sendiri dan akan ada perbezaan. Ada yang akan goreng ketam terlebih dahulu dan ada juga yang terus masak ketam di dalam sos sahaja. Ramai yang mungkin sangka ketam cili atau cili crab satu masakan yang sukar dan rumit, tetapi sebenarnya agak mudah dan boleh di sediakan dirumah untuk keluarga. Di sini saya kongsikan resepi ibu mentua saya yang menjadi kegemaran keluarga kami. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan

1 Kg Ketam
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
7 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dihiris)
1 biji telur
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
4 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbek persa ( Jika mahu )
Daun sup
Hirisan cili merah

Kaedah

  1. Cuci ketam dan potong mengikut saiz yang ada suka. Ketukkan penyepit ketam sebelum dimasak supaya lebih senang dimakan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah kecil sehingga layu.
  3. Masukkan bawang putih cincang dan halia. Goreng sehingga tepi-tepi bawang mulai garing dan berwarna kuning.
  4. Tambahkan cili kering kisar dan tumiskan dengan api sederhana supaya tidak hangus. Tolakkan bahan tumisan ditepi ke tengah kuali.
  5. Bila bahan tumisan sudah mula kelihatan kering , garing dan lebih gelap, masukkan ketam.
  6. Gaulkan supaya bahan tumisan disaluti sepenuhnya pada setiap kepingan ketam.
  7. Tambahkan 1 cawan atau 250ml air, 3 sudu besar sos cili dan 5 sudu besar sos tomato.
  8. Gaulkan supaya rata. Tutup dan renihkan untuk 6-8 minit bergantung kepada saiz ketam.
  9. Kuah akan kelihatan pekat sedikit. Tambah 4 sudu kecil gula ( boleh dikurangkan jika mahu ) dan 1 sudu kecil garam.
  10. Jika suka , boleh tambah 1 sudu kecil serbuk perasa.
  11. Kacau dan balik-balikkan ketam. Tambah lagi 125ml air ( 1/2 cawan ) , tutup dan renihkan untuk 4-6 minit lagi.
  12. Pukul 1 biji telur dan masukkan sedikit demi sedikit sambil mengacau sos dengan cepat supaya telur bercampur dengan sos dengan rata.
  13. Tambahkan sedikit daun sup dan cili merah sebagai hiasan.
  14. Ketam Cili siap untuk dihidangkan.
Untuk langkah-langkah yang lebih lanjut sila rujuk video di atas

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *