Kek Coklat Milo Microwave

Jika anda teringin untuk makan kek coklat, tapi tidak sanggup membakar kek inilah kek untuk anda. Resepi ini adalah olahan isteri saya dan menjadi kegemaran keluarga kami. Ianya memerlukan hanya 3 minit untuk dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro berbanding 45 minit untuk kek biasa.

Bahan-bahannya pun tidak banyak dan mudah diperolehi kecuali gula perang tetapi ada boleh gantikan dengan gula pasir halus. Antara bahan rahsia kek ini ialah serbuk kopi segera yang akan meningkatkan perisa semulajadi coklat.

Bahan-bahan

4 sudu besar tepun gandum
2 sudu besar gula castor/halus
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar Milo
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair
3 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil serbuk kopi segera
2 sudu besar air

Sos Coklat
40ml susu segar
60g cip coklat
1 sudu besar mentega

Kaedah

  1. Masukan tepung gandum kedalam bekas, diikuti gula castor, Milo, serbuk koko. Gaulkan dengan pemukul telur jika ada supaya bahan-bahan sebati.
    2 Kemudian tambah 1/2 sudu kecil baking powder. Gaulkan supaya baking powder sekata. Ini akan memastikan taburan baking powder seimbang.
  2. Tambahkan gula perang, kita tambahkan gula perang terakhir sekali kerana , gula perang lembab sedikit dan akan menghasilkan gumpalan jika dicampurkan terlalu awal.
  3. Campurkan sedikit serbuk kopi segera seperti nescafe. Rasa kopi akan meningkatkan rasa semulajadi coklat. Tambahkan juga 1/2 sudu kecil garam. Dan gaulkan rata.
  4. Sekarang kita masukkan bahan basah, minyak masak, susu cair, telur, 1/2 sudu kecil esen vanilla. Gaulkan.
  5. Tambah 2 sudu besar air dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan 1 sudu kecil minyak kedalam manguk yang selamat microwave. Sapukan minyak pada permukaan dalam mangkuk. Ini akan memastikan kek naik dengan mudah dan tak mudah merekah di tengah.
  7. Sekarang tuangakan adunan kek ke dalam mangkuk.
  8. Masukkan ke dalam microwave untuk 3 minit pada tetapan medium atau sederhana, jangan gunakan tetapan atau setting power tinggi.
    10.Untuk sos coklat, panaskan 40ml susu segar untuk cairkan 60g cip coklat. Kecilkan api dan jengan berhenti mengacau sehingg coklat dan susu menjadi sebati.
  9. Tambah 1 sudu besar mentega dan cairkan.Teruskan mengacau sehingga mentega sebati dan sos menjadi pekat.
  10. Keluarkan kek dari microwave dan tuangkan sos coklat.
  11. Biarkan sos coklat meresap ke dalam dalam kek untuk 2-3 minit. Kek coklat milo kini sedia untuk dimakan.

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *