Resepi kari ayam yang mudah disediakan ini adalah salah satu masakan yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Kari ayam adalah salah satu hidangan yang kini diterima semua kaum di Malaysia dan di makan bersama pelbagai hidangan seperti nasi dan juga roti jala.
Asal-usul hidangan kari berasal dari India, di mana ia dipercayai diperkenalkan oleh pedagang India ke Malaysia. Sejak itu, masakan kari ayam telah menjadi salah satu masakan yang diadaptasi dan diubahsuai mengikut selera masyarakat Malaysia.
Dalam resepi ini, saya kongsikan beberapa petua untuk menyediakan kari ayam yang sedap. Salah satu tips yang paling penting adalah memastikan rempah-rempah dan bawang di goreng secukupnya sehingga pekat dan kering, serta menggunakan api yang sederhana kuat dan kacau pes rempah dari masa ke semasa supaya tidak hangus. Selain itu, tambahan sos tomato juga memberikan rasa yang unik dan menyelerakan pada hidangan ini.
Bahan-bahan
1.2kg ayam (bahagian kaki dan peha)
6 sudu besar atau 60g serbuk kari daging
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
2 biji kentang
2 biji buah tomato
1 batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 cawan atau 500ml air
2 sudu kecil Enaq Bethol ( atau serbuk perasa )Intro
2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menumis
Kaedah
- Potong ayam mengikut saiz yang anda suka.
- Potong kentang, tomato dan lobak merah kasar.
- Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama sedikit air.
- Kemudian tambahkan serbuk kari ke dalam bahan kisar dan gaulkan sehingga sebati dan menjadi pes.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
- Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sebentar dan masukkan pes rempah kari. Goreng sehingga pes rempah kering dan pecah minyak.
- Masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Goreng selama 2-3 minit sehingga kulit ayam sedikit garing.
- Tambahkan santan dan kacau rata.
- Masukkan air dan kuatkan api. Bila sudah mendidih, kecilkan api dan tambahkan Enaq Bethol, garam, sos tomato dan lobak merah. Renihkan selama 5 minit.
- Kemudian masukkan kentang dan renihkan selama 20 minit.
- Akhir sekali masukkan tomato dan masak selama 45 minit hingga 1 jam supaya ayam menjadi lembut.
- Kari ayam siap untuk dihidangkan.