Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

Ikan sardin adalah satu makanan laut yang sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kesihatan seperti lemak Omega-3 , vitamin dan galian. Ikan sardin selalunya digunakan dalam membuat sandwic, roll sardin atau digoreng dengan cili dan bawang.

Tidak ramai yang tahu,ikan sardin boleh dimasak lemak cili padi. Kalau anda tidak pernah rasa, saya syorkan anda cuba. Caranya sangat mudah dan ringkas dan sangat enak. Amat berlainan dengan masak lemak yang biasa anda makan. Gabungan santan, cili padi dan sos tomato dari ikan sardin akan memberikan satu rasa yang unik dan sangat lazat.

Bahan-bahan tumisan sebaiknya ditumbuk untuk mendapatkan rasa asli tetapi boleh juga dikisar dengan menggunakan blender sahaja. Semasa memasak dengan Ikan Sardin Masak Lemak cili api , pastikan api tidak terlalu kuar dan sentiasa kacau supaya santan tidak berkeladak.

Bahan-Bahan

Bahan tumbuk/kisar
75g (5 biji) bawang merah kecil
45g (3 ulas) bawang putih
1 inci kunyit segar
1 inci halia
9 biji cili padi

425g Ikan Sardin dalam Sos Tomato
250ml (1 cawan) santan segar

2 batang serai
1 keping asam gelugor
500ml (2 cawan) air
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 biji kentang dipotong kecil
1 biji buah tomato dibelah 4

Kaedah

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar.
  3. Bila bahan kisar sudah mula garing, masukkan serai.
  4. Tambah 250ml atau 1 cawan air dan masukkan kentang.
  5. Kuatkan api dan masak untuk 10-15 minit sehingga kentang lembut.
  6. Pastikan kentang sudah empuk dengan menggunakan garpu.
  7. Masukkan santan dan 1/2 cawan air, 2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk perasa jika suka. Pastikan api tidak terlalu kuat dan kuah dikacau selalu semasa memasak santan.
  8. Masukkan ikan sardin bersama dengan sos tomato dari sardin.
  9. Tambah buah tomato yang telah dipotong dan tambah lagi cili padi jika mahu kuah yang lebih pedas.
  10. Akhir sekali, tambah 1 sudu kecil gula sebagai pengimbang rasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *