Ayam Buttermilk

Resepi ayam buttermilk chicken ini diilhamkan daripada butter chicken dari restoran Jibril tetapi diolah tanpa menggunakan telur masin. Resepi ini terbahagi kepada 2 peringkat. Pertamanya, penyediaan sos buttermilk dan keduanya ketulan ayam goreng garing.

Kedua-duanya akan digabungkan untuk menyediakan satu hidangan ayam yang lazat bersama dengan nasi putih panas. Sosnya pekat dan lengkap dengan rasa masin, manis dan pedas.

Bahan-bahan

Sos Mentega
80g Mentega
3 Ulas Bawang Putih
1/2 Biji Bawang Holland
3 tangkai Daun Kari
5 Biji Cili Padi
1 keping Cheese Singles
1 Tin Susu Cair
1 Sudu Besar Susu Pekat

Ayam goreng garing
500g Dada Ayam
100g Tepung Jagung
80g Tepung Gandum
1/2 Sudu kecil Lada Putih Aji-Shio
100ml Air
Garam

Kaedah

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan 1/2 biji bawang hollland.
  2. Bila bawang dah mula layu, kecilkan api dan masukkan 80g mentega dan cairkan perlahan-lahan supaya mentega tidak hangus.
  3. Masukkan cili padi, 4 ulas bawang putih dan daun kari.
  4. Kemudian tambah tin susu cair dan masukkan 1 keping cheese singles. Cheese akan membantu mentega larut dengan susu dan menambah lagi perisa sos.
  5. Tambahkan 1 sudu besar susu pekat untuk memaniskan sedikit sos, kalau suka lebih manis boleh tambah lagi susu pekat. Renihkan sehingga pekat.
  6. Bila dah pekat seperi ini tambahkan garam secukup rasa.Sos buttermilk kita dah siap dan boleh diketepikan. Sekarang kita sediakan ayam pula.
  7. Sekarang kita sediakan salutan untuk ayam. Ada 2 peringkat salutan. Pertama kita perlukan 50g tepung gandum dan 50g tepung jagung.
  8. Masukkan dalam bekas dan gaulkan supaya rata.Gunakan pemukul telur jika ada.
  9. Tambah 1/2 sudu kecil garam dan gaulkan.
  10. Sekarang salutkan setiap keping ayam dengan campuran tepung.
  11. Untuk salutan peringkat kedua, kita perlukan 50g tepung jagung, 30g tepung gandum dan 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan rata.
  12. Tambahkan 100ml air sedikit demi sedikit supaya menjadi satu larutan tepung yang cair. Ini yang akan memberikan salutan yang rangup dan garing.
  13. Gaulkan ayam dengan larutan tepung yang kita sediakan tadi dan goreng dengan api yang sederhana panas.
  14. Jangan goreng banyak-banyak sekali kerana suhu minyak akan turun dan ayam tidak akan masak dengan betul dan kurang garingnya.
  15. Bila sudah kuning keemasan keluarkan dari kuali.
  16. Untuk hiasan kita goreng sedikit daun kari.
  17. Ayam Buttermilk dah siap untuk dan sebaiknya dihidangkan segera selapas ayam digoreng.
Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *