Telur goreng adalah satu masakan yang di makan di serata dunia. Setiap bangsa dan budaya ada cara mereka tersendiri dalam penyediaanya. Di kalangan masyarakat Melayu, yang paling popular ialah telur goreng kicap. Di sini saya kongsikan satu resepi warisan yang kurang dikenali generasi muda tetapi tidak kurang sedapnya. Bahan perisa asasnya ialah asam Jawa dan […]
Latest Posts
Bubur Sumsum
Bubur sumsum ialah satu manisan warisan yang kurang dikenali generasi muda. Bubur ini dikatakan berasal dari Indonesia dan dibuat dengan hanya beberapa bahan asas seperti tepung beras dan santan. Kini lebih popular dihidangkan dengan gula Melaka atau gula merah, tetapi dalam resepi ini saya akan gunakan air gula putih yang berperisa cengkih yang tradisional. Antara […]
Ayam Buttermilk
Resepi ayam buttermilk chicken ini diilhamkan daripada butter chicken dari restoran Jibril tetapi diolah tanpa menggunakan telur masin. Resepi ini terbahagi kepada 2 peringkat. Pertamanya, penyediaan sos buttermilk dan keduanya ketulan ayam goreng garing. Kedua-duanya akan digabungkan untuk menyediakan satu hidangan ayam yang lazat bersama dengan nasi putih panas. Sosnya pekat dan lengkap dengan rasa […]
Ikan Sardin Tumis
Resepi ikan sardin tumis ini sangat mudah disediakan dengan hanya beberapa bahan-bahan asas yang sedia ada di dapur. Dalam resepi ini ikan sardin diasingkan kerana kita akan goreng ikan sardin secara berasingan untuk menggaringkan ikan. Menggoreng ikan akan meningkatkan perisa ikan sardin. Jika kita tidak asingkan sos, suhu minyak tidak akan cukup panas untuk menggaringkan […]
Jemput-Jemput Pisang
Jemput-jemput pisang adalah satu makanan kudapan yang sangat mudah disediakan dengan hanya beberapa bahan asas. Juga dikenali sebagai cucur pisang atau cekodok pisang, bergantung kepada di mana kita berada. Walaupun namanya mungkin berbeza tetapi rasanya tetap sedap. Untuk membuat jemput-jemput pisang yang baik, bahan asasnya perlu dipilih dengan betul. Pisang mestilah pisang yang masak ranum […]
Ketam Cili- Chili Crab
RESEPI KETAM CILI MUDAH- A SIMPLE CHILI CRAB Ketam cili atau chili crab adalah di antara masakan ketam yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran kita Singapura. Hidangan ini dikatakan berasal dari Singapura dan dicipta oleh pasangan suami isteri pada tahun 1956. Mereka asalnya berniaga di sebuah warung sahaja dan kemudiannya […]