Satu resepi yang popular di restoran makanan laut barat tempatan seperti Fish & Co dan Manhattan Fish Market. Ini versi olahan saya mengikut cita rasa tempatan.
Bahan-Bahan
1kg Kupang
1 helai daun kunyit
1 biji bawang merah
1 batang serai
3 ulas bawang putih
Bahan Sos Lemon Butter Bawang Putih
25ml minyak zaitun
4 ulas bawang putih (dicincang)
250ml whipping cream
100g mentega
3 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil garam / secukup rasa
1 sudu kecil lada putih Aji-Shio / secukup rasa
2 sudu kecil parsley
Kaedah
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan 4 ulas bawang putih yang dicincang halus.Pastikan api tidak terlalu kuat supaya bawang putih tidak hangus. Kalau bawang putih terhangus, sos akan pahit.
- Bila bawang putih kelihatan kuning, masukkan 250ml whipping cream atau susu cair.
- Kacau supaya minyak tumisan dan whipping cream mula larut dan bergabung. Kalau ada, boleh gunakan pemukul telur.
- Kuatkan api jika perlu. Kacau untuk 1-2 minit. Kemudian masukkan 100g mentega. Kalau menggunakan susu cair , tambah 140g mentega
- Tambah jus dari 1 biji lemon atau 3 sudu besar. Sos akan mula memekat setelah direnihkan.
- Pastikan sos sentiasa dikacau semasa merenih supaya sos tidak terlalu panas dan pecah minyak. Ini akan merosakkan sos.
- Bila sos dah mula memekat tambahkan garam secukup rasa. Dan lada putih secukup rasa.
- Akhir sekali tambag 2 sudu kecil parsley. Sos lemon butter bawang putih dah siap dan boleh diketepikan.
- Didihkan 1000ml atau 4 cawan air. Masukkan bawang putih, serai, bawang merah dan daun kunyit.
- Tambah 2 sudu kecil garam. Bila air sudah mendidih, masukkan kupang , ratakan dan tutup periuk untuk 4-6 minit.
- Kupang sudah masak bila kulitnya terbuka dan sedia untuk dihidangkan bersama sos lemon butter bawang putih.