Sos Black Pepper

Resepi Sos Black Pepper – Black Pepper sauce

Sos Black Pepper atau Lada Hitam adalah sos masakan western yang paling polular dan boleh dimakan dengan pelbagai hidangan seperti Steak, Chicken Chop, Lamb Chop, Burger dan bermacam-macam lagi.

Resipi saya adalah resipi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Ia menggunakan pemekat Roux yang dibuat dengan memasak tepung gandum dalam mentega cair. Pemekat ini digunakan sebagai pemekat serbaguna dalam masakan barat dan lebih berkesan berbanding pemekat yang menggunakan kanji yang tidak dimasak seperti larutan tepung jagung. Gabungan mentega dan tepung yang dimasak ini akan memberikan keharuman dan perisa yang istimewa kepada sos kita. Sos juga akan kelihatan berkilat dan menarik.

Saya juga menggunakan minyak zaitun extra virgin untuk menambahkan lagi perisa sos ini. Ramai yang beranggapan bahawa minyak zaitun extra virgin tidak sesuai untuk memasak tetapi, kajian terkini menunjukkan minyak zaitun extra virgin antara minyak yang paling stabil dan selamat untuk menggoreng.

Sos Black Pepper dimasak dalam dua bahagian, pertamanya pemekat sos roux, dan keduanya kuah black pepper. Kedua-duanya akan digabungkan untuk menghasilkan sos.

Bahan-bahan

Minyak zaitun extra virgin
Kicap manis
2 kiub pati lembu
50g (5 ulas) bawang putih
40g ( 2 sudu besar) lada hitam yang baru ditumbuk
2 helai daun salam
1 sudu kecil Italian herbs
1 sudu kecil parsley kering

Untuk pemekat sos (Roux)

50g mentega
50g tepung gandum

Kaedah

  1. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Gualkan supaya rata dan tidak berketul.
  2. Masak dengan api sederhana kecil dan goreng sehingga berwarna kuning pucat dan pekat.
  3. Padamkan api dan ketepikan supaya sejuk.
  4. Panaskan sedikit minyak zaitun extra virgin dalam periuk dan tumiskan bawang putih.
  5. Gunakan api yang sederhana supaya bawang putih tidak hangus.
  6. Larutkan 2 kiub pati lembu dalam 250ml ( 1 cawan ) air panas.
  7. Bila bawang putih sudah garing dan berwarna perang pucat, masukkan air pati lembu.
  8. Tambah 500ml ( 2 cawan ) air lagi. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api.
  9. Masukkan :

2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos Lea & Perrins
2 helai daun salam
2 sudu besar lada hitam yang baru ditumbuk/kisar

  1. Tambahkan campuran mentega dan tepung ( roux ) sedikit demi sedikit dan kacau. Pastikan ianya larut sepenuhnya sebelum menambah bahan pemekat.Gunakan api yang sederhana kerana pahan pemekat akan hanya bertindak bila sos mendidih.
  2. Jangan berhenti mengacau supaya sos tidak bergumpal.
  3. Sos akan memekat dengan perlahan, bila sos sudah cukup pekat boleh berhenti menambah bahan pemekat.
  4. Akhir sekali tambah 1 sudu kecil Italian herbs dan 1 sudu kecil parsley kering.
  5. Sos siap untuk dihidangkan.
Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas.

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *