Stew Daging Lembu

Stew daging lembu ialah satu masakan yang digemari ramai tetapi selalu dianggap sebagai satu masakan yang rumit. Sebenarnya Stew daging lembu atau beef stew amat mudah disediakan cuma proses memasak mengambil masa yang agak lama.

Yang penting ketika memasak stew daging lembu atau beef stew ialah:

  1. Memilih daging yang sesuai untuk dibuat stew, iaitu daging yang agak liat seperti bahagian ekor, betis , tulang rusuk dan tulang tengkuk. Elakkan menggunakan bahagian yang cepat masak seperti batang pinang atau potongan steak seperti ribye, striploin dan sirloin.
  2. Tidak berebut-rebut semasa menumis bawang, saderi dan lobak merah. Ketiga-tiga bahan ini dikenali sebagai ‘Mirepoix’ yang menjadi asas kepada pelbagai masakan klasik perancis. Jika tidak cukup masak, hasil stew daging lembu tidak akan memuaskan.

Bahan-Bahan

100ml Minyak masak
50ml Minyak zaitun extra virgin
700g bawang holland dipotong halus
350g saderi (celery)
100g bawang putih dicincang halus
350g lobak merah dipotong 3cm
1.5kg daging lembu ( betis, ekor, tengkuk atau rusuk)
4 kiub pati lembu
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk paprika
3 sudu besar sos Lea & Perrins
2 helai daun salam
3 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
1 1/2 sudu kecil Italian herbs
6 sudu kecil tomato puree
300g kentang dipotong
1 tin cendawan butang
1 tin baked beans
3 biji tomato dipotong 4
1 tin kacang pis
Daun parsley untuk hiasan

Untuk Roux( Pemekat Stew )

50g mentega
50g tepung gandum

  1. Cairkan mentega dengan api yang perlahan.
  2. Bila sudah cair sepenuhnya, masukkan tepung gandum.
  3. Goreng sehingga berwarna kuning pucat dan ketepikan

Kaedah

  1. Panasakan minyak masak dan tambah sedikit minyak zaitun extra virgin.
  2. Masukkan bawang holland dan tumis sehingga layu dan masukkan saderi dan goreng sehingga lembut. Gunakan api yang sederhana supaya bahan tumisan tidak hangus.
  3. Bila bawang mula berwarna kuning, masukkan bawang putih dan ratakan bahan tumisan. Tumis untuk 2-3 minit lagi.
  4. Masukkan lobak merah. Lobak merah akan dikeluarkan apabila sudah 70% masak. Masak untuk 5-8 minit lagi.
  5. Masukkan daging dan goreng sehingga permukaan luar daging berwarna perang sedikit.
  6. Tambah air secukupnya untuk merebus daging. Pastikan hampir kesemua ketulan daging di bawah paras air. Besarkan api dan rebus untuk 20 minit.
  7. Buangkan sisa rebusan yang timbul ke atas untuk mengelakkan air rebusan berkeladak.
  8. Tambahkan 4 kiub pati lembu dan kacau supaya larut sepenuhnya.
  9. Masukkan kicap manis, serbuk paprika, sos Lea & Perrins, daun salam, lada hitam, Italian herbs, tomato puree.
  10. Renihkan untuk 1 jam.
  11. Keluarkan lobak merah supaya tidak terlalu lembik dan ketepikan.
  12. Masukkan kentang, cemdawam butang dan kacau supaya rata.
  13. Renihkan 1 jam lagi.
  14. Masukkan baked beans dan kembalikan lobak merah ke dalam periuk.
  15. Tambah buah tomato dan tambahkan 2 sudu besar pemekat dahulu ( Jangan masukkan kesemuanya). Kacau supaya pemekat larut dan memekatkan kuah stew. Gunakan api yang sederhana kuat semasa menambahkan pemekat roux. Kalau nak lebih pekat boleh tambah 1-2 sudu besar lagi.
  16. Akhir sekali tambah kacang pis dan renihkan untuk 5 minit lagi.
  17. Stew daging lembu siap untuk dihidangkan bersama roti,nasi atau kentang putar. Hiaskan dengan sedikit daun parsley.

Untuk langkah-langkah yang lebih jelas boleh rujuk video di atas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *